Wednesday, 16 November 2011
Thursday, 7 July 2011
RUMAHKU,SYURGAKU...
Assalamualaikum,
kepada para pembaca pertama sekali ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi meluangkan masa seketika untuk membaca blog saya.Apa yang ingin saya tunjukkan pada saudara dan saudari sekalian bukanlah untuk menagih simpati mahupun imbuhan untuk diri sendiri.RUMAH LINDUNGAN KASIH adalah sebuah asrama yang berkonsepkan kasih sayang untuk anak-anak dan remaja yang yatim piatu,hilang arah tuju,miskin,teranniaya dan sebagainya.Asrama ini bertempat di Tampin,Negeri Sembilan dan didudukki oleh bayi,kanak-kanak,remaja dan ibu tunggal.Saya berharap agar mereka semua mendapat perhatian penuh daripada semua pihak kerana tekanan yang dialami anak-anak kini sungguh mencabar minda dan fizikal mereka sehinggakan mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan masyarakat luar.Masyarakat luar menghukum anak-anak ini dengan menyisihkan mereka dan tidak memperdulikan mereka.Apakah tiada RUANG dan PELUANG untuk anak-anak ini di hati masyarakat????mengapa anak-anak seperti mereka di pandang hina dan di caci masyarakat sekeliling..mereka juga punya hati dan keinginan untuk meneruskan hidup seperti orang biasa yang lain.Selama terbinanya asrama ini tidak pernah kami mendapat hak seperti mana yang sepatutnya kami dapat.Sememangnya bantuan ada dihulurkan oleh pihak tertentu tetapi di mana yang lainnya?Saudara saudari sekalian,bukanlah niat saya untuk mencemuh sesetengah pihak tetapi disebabkan sesetengah pihak tersebutlah keadaan anak-anak dan asrama di goncang dengan pelbagai masalah dan dugaan.Ya allah,ku mohon padamu ya allah...KAU kuatkanlah semangat mama dan uncle untuk terus berjuang dan menjaga kami seadanya.KAU panjangkanlah umur mereka untuk terus memberikan kami didikan dan dorongan untuk terus hidup.Sesungguhnya insan yang teraniaya itu sentiasa mendapat perlindungan dariMU ya allah.AMIN.. kepada anda semua diharapkan janganlah tersalah tafsir dengan apa yang dituliskan dan janganlah menjadikan ini sebagai satu isu yang hanya membangkitkan masalah sebaliknya bantulah kami untuk membina suatu masa depan yang cerah untuk semua anak-anak RUMAH LINDUNGAN KASIH..hanya allah sahaja dapat membalas budi baik anda semua.kepada mama dan uncle,saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima,menjaga dan mendidik saya hingga saya mampu mengubah diri saya.Segala jasa baik mama dan uncle tidak akan pernah dapat saya lupakan hingga ke nafas yang terakhir.Saya sayangkan mama dan uncle dan saya berjanji akan terus berjuang demi RUMAH LINDUNGAN KASIH dan adik-adik lain dan berharap agar semua yang menentang kita akan mendapat balasan yang setimpal dari allah s.w.t..HIDUP YAKIN!!!SELAMANYA!!!WASSALAM.
Subscribe to:
Comments (Atom)